Man Jadda Wa Jadda - 365 hari (muka surat satu)
JANUARI, 5 2018. JUMAAT 9 MALAM
ANG MO KIO
Fatin menghempas punggungnya ke
sofa sambil menghela nafas panjang. Bermacam macam hal bermain di benak
fikirannya. Dia buntu mahu berbuat apa lagi. Nampaknya tahun 2018 akan berlalu
begitu saja tanpa dia berhasil mencapai apa pun dalam hidupnya. Ah aku tak
boleh putus asa secepat ini! Bilang fatin didalam hati. Aku masih muda..umur ku
tak patut disia siakan sebegini rupa! Tegas Fatin lagi didalam hati. Baru 5
hari berlalu untuk tahun 2018 ini. Belum terlewat untuk dia memulakan langkah.
Kali ini dia tekad akan memulakan langkah pertama. Langkah pertama yang akan
berubah hidup nya. Tiada siapa yang akan mengubah hidup dia kalau bukan dia
sendiri yang memulakan langkah itu. Bukan kah ada ayat al Quran berbunyi, Allah tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka
sendiri? Fatin berazam tidak akan menangguh nangguh lagi. Mulutnya terkumat
kamit sambil mengangguk angguk seolah olah dia sedang berbicara dengan seorang
Fatin yang lain. HIHIHI…kepala otak nya ligat memikirkan strategi untuk hari
esok.
JANUARI, 6 2018. SABTU ANG MO KIO
Azan subuh berkumandang melalui
aplikasi Muslim Pro yang telah di install di dalam telepon fatin. Dia terjaga
dan bingkas bangun menuju ke tandas bagi membersihkan diri. Langkah pertama
untuk berjaya adalah dengan solat di awal waktu! Fikir fatin sambil memberus
gigi. Hihihi fatin ni orangnya memang kuat berfikir terutama ketika berada
didalam tandas. Ketika itulah selalu saja idea datang ke benak fikiran nya.
Entah kenapa pe’el nya begitu.
Seusai solat subuh dia cepat
cepat ke dapur menyiapkan kopi buat suami tercinta, Jaybon. Memang rutin harian
suami nya selepas solat subuh wajib pekena kopi secawan. Kalau tidak memang tak lengkap la hidup Jaybon
ahahahahaha!!
“Awak mengecat kat mana hari ini?
“ Tanya Fatin sambil dia mencuci pinggan semalam di singki.
Tepat pukul 8 pagi Jaybon berangkat ke tempat kerja nya meninggalkan Fatin di rumah seperti biasa. Setelah menghantar suami nya ke muka pintu dan bersalam Fatin kembali ke dapur meneruskan kerja rumah. Kain baju perlu dibasuh dan disidai, lantai rumah perlu dimop dan disapu, bilik perlu dikemas kemas, lauk pauk perlu dibeli di pasar dan sebagainya…begitulah rutin fatin biasanya siap sebelum tengahari. Tetapi hari ini Fatin ada agenda lain. Dia mahu turun ke wifi bawah blok dan melayari internet. Ada azam yang perlu dia laksanakan..........
Comments
Post a Comment